Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang memaparkan video Ratu mencuba aktiviti ‘Flying Fox’.

@sugehresort Video ini dikeluarkan dengan izin @IG @ratu__tv yang ingin diri nya diviralkan tanpa ada paksaan. Tidak timbul isu bullying mahupun harassment #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

Menerusi perkongsian video berdurasi 20 saat itu, individu yang menyelia aktiviti terbabit meminta Ratu mengucap dua kalimah syahadah untuk mengurangkan rasa gemuruh.

Dek kerana terlalu gementar, Ratu dengan spontan membaca Ayat Kursi dan disusuli dengan Surah Al-Ikhlas.

Perbuatan Ratu itu telah ditempelak oleh netizen kerana tidak dapat membezakan di antara Ayat Kursi dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Bukan itu sahaja, bacaan ayat sucinya itu juga mendapat kritikan dari wargamaya kerana sebutannya yang tidak benar dan kurang jelas.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berpendapat Ratu terlalu gemuruh sehingga lupa cara melafazkan dua kalimah syahadah dengan betul.

“Rasa sebab dia takut tu. Itu yang dia baca apa yang dia ingat dalam kepala je,” tulis seorang warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 3.7 juta tontonan, 8173 komen dan lebih 112,000 tanda suka.Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang memaparkan video Ratu mencuba aktiviti ‘Flying Fox’.

Menerusi perkongsian video berdurasi 20 saat itu, individu yang menyelia aktiviti terbabit meminta Ratu mengucap dua kalimah syahadah untuk mengurangkan rasa gemuruh.

Dek kerana terlalu gementar, Ratu dengan spontan membaca Ayat Kursi dan disusuli dengan Surah Al-Ikhlas.

Perbuatan Ratu itu telah ditempelak oleh netizen kerana tidak dapat membezakan di antara Ayat Kursi dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Bukan itu sahaja, bacaan ayat sucinya itu juga mendapat kritikan dari wargamaya kerana sebutannya yang tidak benar dan kurang jelas.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berpendapat Ratu terlalu gemuruh sehingga lupa cara melafazkan dua kalimah syahadah dengan betul.

“Rasa sebab dia takut tu. Itu yang dia baca apa yang dia ingat dalam kepala je,” tulis seorang warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 3.7 juta tontonan, 8173 komen dan lebih 112,000 tanda suka.

Halimey Zamal