‘Saya Rasa Diuji Ketika Di Tanah Suci’- Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri mengaku melalui pengalaman terindah dalam hidup apabila berpeluang menunaikan Umrah bersama ahli keluarganya, baru-baru ini.

Akui Ernie, dia juga berdepan dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan ketika mengerjakan Umrah buat pertama kali.

“Ketika di Makkah, ibu mengalami sakit kaki dan tidak boleh berjalan. Saya menolak ibu dengan kerusi roda termasuklah ketika waktu tawaf.

“Jujurnya saya rasa diuji ketika di sana. Alhamdulillah apabila tiba di Malaysia, ibu kembali sihat,” katanya penuh syukur.

Ernie ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-34 di De’Wan by Chef Wan Kuala Lumpur semalam memberitahu dia masih berusaha memperbaiki dirinya.

“Sangat indah. Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya.

Ernie bakal membawakan lagu Ku Bersuara di AJL 43 di TV3 pada 9 Februari depan.

SGMS Faida