“Saya Sedang Sibuk Buat Persiapan” – Raysha Rizrose, Nabil Jefri Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat

Pelakon Raysha Rizrose memaklumkan bahawa akan menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati, Nabil Jeffri dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, memetik laporan BH Online, Raysha tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya akan berlangsung kerana risau berlaku perkara yang di luar jangkaan.

Namun, dia dan pasangan kini sedang sibuk membuat persiapan.

“Saya belum boleh berkongsi tarikh nikah, tetapi insyaAllah tidak lama lagi. Jujurnya, saya juga takut jadi apa-apa.

“Alhamduliilah, sekarang sibuk buat persiapan, doakan semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya hanya menerima ‘job’ yang tidak mengambil masa lama untuk fokus persiapan perkahwinan.

“Bagaimanapun, saya akan kembali aktif berlakon selepas berkahwin. Ini kerana saya tak ambil ‘job’ yang memakan masa lama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raysha hari ini mengumumkan bahawa dia telah bertunang dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 30 pada 22 Disember tahun lalu.

“Ya, saya bertunang pada 22 Disember, tahun lalu. Saya memutuskan berkongsi berita pada hari ini sebab saya fikir jarak kami bertunang dan berkahwin agak lama, jadi saya rasa perlu berkongsi.

“Walaupun orang kata bertunang tak perlu dihebohkan, hanya nikah yang perlu dikongsikan. Tetapi, saya rasa mahu berkongsi dengan rakan media dan peminat saya sudah bertunang,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, tahun lalu ada individu mendedahkan bahawa pelakon tersebut telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: Manis Berbusana Tradisional Di Atas Pelamin, Individu Dedah Raysha Rizrose Tunang Sabtu Lalu?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Counting Days!” – Nabil Jeffri, Raysha Rizrose Shopping Barang Hantaran Mewah Buat Ramai Teruja!

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perancangan Kahwin, Impi Majlis Sederhana” – Raysha Rizrose

Sumber: BH Online

Atiqah Johari