‘Saya Tak Pernah Rebut Hak Orang’- Syahrini Jawab Dakwaan Netizen

Penyanyi Syahrini menafikan dia merebut hak orang apabila bernikah dengan kekasihnya, Reino Barack pada 28 Februari lalu.

Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, dia sangat bahagia memiliki suami seperti Reino Barack.

“ Ia takdir Tuhan. Saya tidak pernah rebut Reino dari sesiapa pun. Saya single dan dia single, apa salahnya? Saya tidak mengambil suami orang dan dia single. Saya mengenalinya untuk beberapa bulan sahaja dan dia membuktikan perjuangan cintanya kepada saya. Ini lelaki yang patut dihargai,” jelasmua ketika sidang media di Penthouse Grand Hyatt Hotel, Tanah Abang, Jakarta Pusat, semalam.

Akui penyanyi popular itu, dia bersyukur dapat berkahwin dalam sebuah majlis serba sederhana.

“ Dengan hanya solekan simple, suasana serba sederhana, saya bersyukur impian saya terlaksana.

“ Saya percaya dengan hadiah memiliki suami seperti Reino, ia merupakan doa ibu saya selama ini. Insya Allah pilihan ini tidak salah dan semoga diredhai Allah,” katanya.

Terdahulu, Reino dan Syahrini bernikah di Masjid Camii, Tokyo, Jepun, pada 27 Februari 2019.-Suaradotcom.

SGMS Faida