“Saya Tak Tahu! Baru Balik Jakarta” – Isu Syamsul, Ira Cerai… Puteri Sarah Enggan Komen

Susulan kontroversi yang mengaitkan nama pengarah terkenal dan isterinya iaitu Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang dikatakan telahpun bercerai tular, rata-rata netizen tidak berdiam diri apabila dilihat membanjiri ruangan komen sosial media milik pelakon Puteri Sarah hari ini.

Malah, ramai yang beranggapan ‘hint’ yang diberikan pihak media menerusi kenyataan sebelum ini juga seolah-olah tertumpu kepada pasangan tersebut.

Tidak berdiam dengan pertanyaan warganet, aktres itu menerusi kenyataannya kepada OhBulan! memaklumkan bahawa dia tidak tahu-menahu mengenai isu yang timbul memandangkan dia baru sahaja pulang dari Jakarta.

“Saya tak tahu. Baru balik dari Jakarta,” katanya ringkas.

Sebelum ini, ayah kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi juga berkata, dia tidak mengetahui mengenai perkara yang menimpa anaknya itu sekaligus menyifatkan netizen tidak mempunyai ‘kerja lain’.

ARTIKEL BERKAITAN:Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan bekas madu seorang aktres popular telah diceraikan melalui Whatsapp oleh suaminya yang juga pengarah terkenal.

Malah, wanita berkenaan juga dimaklumkan telah dihalau keluar dari rumah kerana dipercayai mempunyai ‘penyakit berbahaya’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Video Selesai Mengundi, Ira Kazar Nampak Makin ‘Happy’… Netizen Komen -“Pura-Pura Bahagia Itu Memeritkan!”

Artikel Berkaitan: Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet, Bersemut! Ira Kazar Kongsi Sedang Bahagia Dengan Syamsul Yusof – “Love You Shuben”

Artikel Berkaitan: “Rehat Jap… See You At Some Fine Day” – Muat Naik Foto Langit Gelap, Kazar Saisi Akui ‘Penat Dibuli’?

 

Sumber: OhBulan!

Salma Syahbuddin