“Saya Tak Tayang Yang Kami Gila-Gila Bercinta Atau Berpelukan” – Bekas Suami Yasmin Hani Buka Mulut Isu Pamer Kekasih Di Media Sosial

Pemuzik yang juga bekas suami kepada pelakon Yasmin Hani, Sha’arin Razali Wong tampil menjawab tuduhan yang mengatakan perangainya mirip bekas isterinya itu dek kerana gemar menayang foto dan aksi mesra bersama kekasih di platform media sosial.

Isu timbul selepas tular sebuah video pendek berdurasi 15 saat yang dikongsikan Sha’arin menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Sha’arin kelihatan memeluk seorang wanita yang didakwa kekasihnya ketika menghadiri festival muzik yang diadakan baru-baru ini.

“Baru nak puji tak macam ex-wife dia yang tayang lelaki yang belum jadi suami lagi. Sekali bekas suami pun dua kali lima juga perangai. Semoga dua-dua diberikan hidayah,” komen netizen.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Sha’arin akhirnya tampil menjelaskan  situasi sebenar dan meminta maaf andai posting yang dibuat menganggu mana-mana pihak di luar sana.

“Maaf saya tak tayang yang kami bercinta gila-gila atau berpelukan ya.

“Kami hanya nak share yang kami ke festival. Maaf kalau menganggu fyp awak,” katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Yasmin Hani sering berkongsi fotonya berpakaian seksi dan secara terbuka mempamerkan aksi mesranya bersama kekasih hati  yang juga seorang pelakon, Alif Hadi.

Tindakan Yasmin itu sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan batas pergaulannya sebagai seorang yang beragama Islam.

Salma Syahbuddin