[VIDEO] Epik! Aaron Aziz & Maya Karin Buat Peminat Imbau Fenomena Filem Ombak Rindu

Pasri ramai yang masih terngiangkan penangan filem romantik Ombak Rindu lakonan hebat Datuk Aaron Aziz dan Maya Karin yang menjadi fenomena sekitar tahun 2011.

Terbaharu tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan pasangan filem tersebut melakonkan semula babak-babak yang menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, ternyata lakonan Aaron yang membawakan watak Hariz dan Maya pula sebagai Izah berjaya membuat netizen terubat kerinduan dengan kedua teraju utama filem tersebut.

“Ramai ternanti versi Ombak Rindu kan,” tulis pemilik video tersebut.

Lebih epik, video tersebut turut memaparkan Aaron dan Maya tampil dengan dialog yang seakan sama dengan filem pecah panggung arahan Osman Ali itu.

Malah, runut bunyi filem tersebut juga turut dijadikan lagu latar dalam video itu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan lebih 180,000 tanda suka.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja malah ada yang terubat rindu dengan dua pelakon hebat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin Muat Naik Video Letak Lagu ‘Ku Seru’, Ramai Teringat Filem Pontianak Harum Sundal Malam – “Time Kecil Takut Sangat Sampai Susah Tidur”

Kredit: Pakmatwestern

Khairil Khusyairi