“Saya Terserempak Dia Masa Isi Minyak”- Abang Proton Kongsi Detik Perkenalan Dengan Sherry Alhadad

Selepas dakwaan menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad, individu yang dikenali sebagai Amir Mokhtar atau Abang Proton akhirnya mendedahkan detik perkenalannya bersama aktres tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abang Proton memaklumkan, dia mula berkenalan dengan Sherry sejak 15 Julai 2019 ketika dia sedang mengisi minyak di Kota Damansara.

“15 Julai 2019, terserempak beliau masa isi minyak di Kota Damansara. So begitulah cara kami berkenalan sehinggalah ke harini kami berkawan baik,” katanya.

Berkongsi lanjut, Abang Proton memaklumkan, sebelum terserempak dengan Sherry di stesen minyak, dia baru sahaja selesai makan tengah hari bersama rakan-rakannya sebelum berhenti mengisi minyak kereta dan tersedar bahawa kereta Sherry berada di sebelah kereta miliknya.

Dan, selepas sebulan berkawan, Sherry akhirnya menjadi salah seorang klien tetapnya sehinggalah ke hari ini.

“Julai 2019, saya baru balik dari meeting di office dan kemudian lunch bersam ageng kutu di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik tu saya singgah isi minyak di Kota Damansara. Kereta Sherry di sebelah kereta saya. Kemudian saya tegur dia dan dia sangat humble dan friendly datang ke kereta saya dan minta izin untuk selfie. Masa tu tangan saya ketar.

“Alhamdulillah dapat jumpa Sherry akhirnya.dan selepas beberapa bulan berkawan dia jadi pula klien saya,” jelasnya.

Meskipun gembira dengan hubungan silaturrahim yang terjalin, Abang Proton bagaimanapun memohon maaf sekiranya hantaran TikToknya  sebelum ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat Sherry.

“Saya faham beliau mempunyai ramai peminat saya salah seorang dari mereka. 

“Maafkan saya kalau video sebelum ini mengundang ras akurangs enang dalam kalangan peminat Sherry.

“Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengannya. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman,”ujarnya.

Terdahulu,  Sherry dan Abang Proton kelihatan menghabiskan masa bersama-sama dengan menikmati hidangan di sebuah restoran terkenal di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN:“Thank You Selalu Menceriakan Hidup Saya”- Keluar ‘Healing’ Bersama, Sherry Alhadad & Abang Proton Bercinta?

Salma Syahbuddin