Scammer Berani Guna Gambar AC Mizal & Emma Maembong Jalankan Skim Penipuan – “S**l Betul La Raya Buat Kerja Haram”

Pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal berang selepas pihak yang tidak bertanggungjawab atau Scammer telah menggunakan gambar wajahnya sebagai salah satu bentuk promosi sindiket penipuan berkenaan.

Perkara itu dikongsi beliau menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Aduui apa la ni, pakai gambar!! S**l betul manusia yang menggunakan gambar saya… Harap tuhan laknat kamu.

“Kepada semua jangan tertipu dengan investment skim penipu ini!,”tulisnya.

Tegasnya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah apatah lagi, perkara ini tular ketika umat Islam sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Kepada yang menggunakan  gambar saya ini, saya akan pastikan anda bakal dihadapakan ke mahkamah,” jelasnya.

Sementara itu, beliau juga sempat berterima kasih kepada semua peminat yang memaklumkan mengenai perkara tersebut keranaisu ini melibatkan nama baik dan reputasinya sebagai seorang anak seni.

“Thank You pada semua followers yang dm dan bagi tau saya… s**l betul la.. raya-raya buat kerja mcm ni!,” ujarnya.
Selain Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 50, pelakon cantik, Emma Maembong juga antara rakan artis yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerana gambarnya juga turut dijadikan bahan promosi pihak terbabit.

 

Salma Syahbuddin