Sebab Ariana Grande, Majlis Pengebumian Bertukar Kecoh?

Majlis pengembumian Ratu Soul Aretha Franklin menjadi bualan hangat bukan hanya kerana gaun dan kasut tinggi merah yang disarungkan saja.

Biskop utama yang menguruskan majlis pengembumian tersebut dikecam selepas dikatakan seakan cuba menyentuh payu dara penyanyi, Ariana Grande.

Penyanyi terkenal itu menyampaikan lagu ‘A Natural Woman’ turut kelihatan tidak selesa dengan kejadian tersebut.

Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.

Menurutnya, dia tiada niat langsung untuk menyentuh payu dara wanita berkenaan.

Namun kecaman di media sosial bertalu-talu muncul dengan #RespectAriana, meminta Ariana dihormati.

Ada segelintir pengguna media sosial berpendapat busana yang disarungkan Ariana juga menyebabkan mengapa dia ‘diperlakukan’ begitu. Skirt pendek sangat,kot?

Ketika kejadian, antara yang hadir adalah bekas presiden, Bill Clinton, pejuang hak sivil, Jesse Jackson dan pemimpin Nation of Islam Louis Farrakhan.

SGMS Faida