Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Bekas peserta program realiti TV ini telah kembali kepada pencipta-Nya pada tanggal 3 April lalu, sekaligus meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap ahli keluarga dan juga bakal isteri beliau. Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau lebih dikenali sebagai Emy, 25 telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah.

Bekas kekasih Allahyarham yang dikenali sebagai Cathy Alkantara begitu terkesan dengan kehilangan bekas kekasihnya itu. Semalam Cathy telah memuat naik beberapa status di Facebook seolah-olah sedang menggambarkan perasaannya pada ketika ini. 

Apa yang lebih menyedihkan ialah, Carthy dilihat telah menulis satu entri menggambarkan sikap arwah yang amat disenangi oleh ramai orang.

Namun, apa yang lebih menyedihkan, dek kerana terlalu sayang dan rindu terhadap arwah kekasihnya itu, Cathy sekali lagi telah menghantar whatsapp ke telefon bimbit arwah.

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham. 

Salma Syahbuddin