Sebaknya! Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Anak-Anak Shuib – “Doakan Mummy Mampu Buat Yang Terbaik”

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah tampil menitipkan ucapan menyentuh hati buat anak-anak tirinya sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie telah memuat naik imbasan foto dan video ketika malam perkahwinannya bersama Shuib.

Dalam perkongsian tersebut, Watie turut mempamerkan gelagat Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan yang sering menceriakan hidupnya dengan sikap manja mereka yang tersendiri.

Menurut Watie, dia sangat terharu dengan sikap anak-anaknya kerana menyantuninya seperti ibu kandung.

Malah, Watie turut meluahkan rasa syukurnya kerana urusannya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut dipermudahkan.

“Anak Ibu,Daddy & Mummy❤️  Terima kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang kat mummy.

“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy & anak-anak, syukur❤️

“Doakan mummy mampu buat yang terbaik dan Allah sentiasa menjaga hati mummy utk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya🤲🏻

Menyedari ucapan menyentuh hati itu, Shuib tampil meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap isterinya di ruangan komen.

“I love you,” komennya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya tersentuh dengan bait katanya.

Fatin Nurain