“Kalau Saya Jadi Mutawif, Saya Tak Tahulah Apa Jadi Kat Jemaah” – Zul Ariffin

Pelakon Zul Ariffin tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya berkongsi pengalamannya mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah ketika membuat Live.

Menerusi video yang tular di TikTok, salah seorang peminatnya tampil mengajukan soalan sekiranya dia ingin menjadi mutawif untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Terhibur dengan soalan yang diajukan, Zul tampil membalasnya dengan ringkas bahawa dia tidak mahu menjadi mutawif.

“Saya tak jadi mutawif. Kalau saya jadi mutawif saya tak tahulah apa jadi kat jemaah. Saya jadi mutawif bahaya. Japgi kang tak jadi apa, naya.

“Insya-Allah doakan semua ya. Saya kemungkinan lepas ni pun saya akan datang sini balik. Insya-Allah, bulan depan, pastu balik (Malaysia) dan datang sini balik,” jelasnya.

Malah, pelakon itu juga sempat berkongsi situasi semasa dan pengalamannya sepanjang mengerjakan ibadah haji di sana.

Zul juga sempat mendoakan agar impian peminatnya untuk menjalani ibadah umrah dan haji pada suatu hari nanti dipermudahkan.

Seronok mendengar perkongsian pelakon itu, hantaran tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet menerusi ruangan komen.

@adriana_khan_ Mesti korang rindukan dekat #emir #perempuanitu … alhamdulillah haji @Zul Ariffin #zulariffin ♬ original sound – Adriana_khan

Fatin Nurain