John Dihani Tampil Mohon Maaf, Ajak Shuib Bersemuka Isu Fitnah Melampau -“Saya Menyesal Kongsi Posting Tu”

Susulan fitnah melampau dan tindakan biadap individu yang dikenali sebagai John Dihani terhadap pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib baru-baru ini, dia akhirnya tampil membuat permohonan maaf menerusi hantran di Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, John Dihani mengaku kesilapannya apabila memuat naik posting sebuah poster iklan barangan kemas yang memparkan wajah Shuib dan isterinya serta mengiyakan komen berbaur fitnah di platform berkenaan.

“Saya dengan rendah diri dan hati, penuh ikhlas dan penuh penyesalan.. memohon maaf kepada Abang Shuib sekeluarga di atas khilaf saya pada posting saya bertarikh  30/6/2023,” tulisnya.

Menyesal dengan tindakannya itu, John berharap agar Shuib bersetuju untyuk bersemuka dengannya bagi membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan posting yang menjerumus kepada fitnah terhadap Shuib dan ahli keluarga yang lain.

“Saya John Dihani dengan rendah hati dan penuh penyesalan ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Abang Shuib.

“Disebabkan posting feed IG tersebut, ia juga telah mengundang pengguna-pengguna lain meninggalkan komen di posting tersebut dan tidnakan saya mengiyakan komen yang ditinggalkan menjerumus kepada fitnah pada Abang Shuib dan arwah isteri.

“Sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi posting berkenaan yang juga saya ambil dari posting orang lain di Facebook tanpa melihat kesan dan akibat perkongsian yang membuta tuli itu.

“Kepda Abang Shuib, saya harap Abang sudi terima kedatangan saya berjumpa dengan Abang untuk membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kekhilafans aya dalam berkongsi posting berkenaan yang menjerumus kepada fitnah,” katanya.

 

Terdahulu, Shuib dalam sesi sidang media yang diadakan pada Selasa menegaskan segala isu yang terjadi selepas ini akan terus dihadapkan kepada pihak pengurusan peguamnya sahaja.

Ini bertujuan sebagai pengajaran untuk orang di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang posting terhadap individu lain.

 

 

Salma Syahbuddin