Categories: SelebritiTrending

Isu Plat QPA1: Selepas Nafi & Abai Notis Pihak Berkuasa, Polis Sahkan Opai Telah Hadir Beri Keterangan

Selepas didakwa mengabai notis dan tidak hadir untuk memberi keterangan, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang dimaklumkan telah tampil memberi keterangan.

Aliff atau lebih mesra disapa Opai sudah memberi keterangan ekoran isu mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta Mclaren.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh mengesahkan bahawa Opai telah diambil keterangan oleh Pengawai Penyiasat JSPT di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur semalam.

“Kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum ini, Opai dihentam teruk oleh warganet apabila dia memuat naik sebuah video yang didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada acara pertunjukan kereta.

Malah, Opai juga menafikan bahawa dia dipanggil oleh pihak berkuasa selepas tular isu penggunaan nombor plat palsu itu.

Artikel Berkaitan: “Biasalah Orang Kahwin Guna Plat ‘Fancy’” – Disahkan Bukan Pemilik Nombor Sebenar McLaren, Ini Jawapan Aliff Awang

Artikel Berkaitan: Abai Notis & Tak Hadir Beri Keterangan Isu Nombor Plat Tak Berdaftar ‘QPA1’, JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Suami Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan: JPJ Gesa Buat Laporan, Sahkan Nombor Plat McLaren Milik Suami Pelakon Bukan Pemilik Sebenar

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari