Categories: HiburanSelebriti

SEDAP SANGAT KE SUARA ERNIE ZAKRI?

Dilabel sebagai pitch perfect dan mendapat standing ovation oleh peminat dan penonton yang  membanjiri Stadium Axiata Arena ketika AJL32 yang lepas, Ernie Zakri sekali lagi mendapat perhatian peminat dan juga followers beliau apabila memuat naik satu video pendek dilaman instagram nya sambil menyanyikan lagu bergenre etnik kreatif nyanyian asal Noraniza Idris.

Ernie mendapat pujian peminat menyanyikan lagu bergenre etnik kreatif

Ternyata, video berdurasi 1 minit itu nyata menarik perhatian peminatnya sekaligus memuji vokal penyanyi ini yang dikatakan mempunyai aura tersendiri. 

Obses dengan lagu-lagu bergenre Etnik Kreatif ini, Ernie Zakri mengakui bahawa dia sangat sukakan lagu-lagu yang terdapat dalam album Aura milik idolanya itu. Baginya, keindahan lirik, melodi yang baik dan music arrangement dalam lagu-lagu bergenre etnik kreatif ini sentiasa mekar dalam diri masyarakat Malaysia.

Walaupun bukan berasal dari negeri Kelantan, dan menyanyikan lagu Hala Timur dengan baik, Ernie sempat memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan penggunaan dialek negeri tersebut.

So, kepada sesiapa yang tanya suara Ernie Zakri ni sedap ke tidak, pergi lah tengok AJL32 okay!

Salma Syahbuddin