Categories: HiburanTrending

Sedia Berkhidmat Sebagai Jurulatih PLKN, Nourul Deep Tawar Diri Suntik Motivasi Kepada Generasi Muda

Penyanyi Nourul Deep meluahkan hasrat untuk menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Memetik laporan Kosmo, sebagai seorang selebriti yang sering menerima undangan untuk memberikan motivasi, Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab bersiap sedia untuk memberikan semangat kepada generasi muda sekarang untuk tujuan kebaikan.

“Bagi saya, apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada motivasi. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya.

“Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bagi saya PLKN ialah langkah yang bagus,” katanya

Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Azali itu mendedahkan aktiviti-aktiviti di PLKN mampu memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada generasi muda.

Lebih-lebih lagi, ia mampu menyihatkan badan kerana banyak aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal.

Menurut anak kelahiran George Town, Pulau Pinang itu, ia juga mampu menepis ketagihan terhadap sosial media.

Sidang media ‘Nurul Celebrates Mother’s Day’ bersama penyanyi Nurul Wahab di Hotel Putra. AZMAN GHANI / The Star

“Generasi baharu sekarang memang selalu habiskan dalam media sosial. Sosial media ini membebaskan kita punya dopamine.

“Hormon tersebut buat kita gembira. Bagus adanya PLKN sebab akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak benda yang kita boleh buat secara fizikal dan di luar gelanggang media sosial,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal menganjurkan seminar pembangunan diri ‘Firetalk’ dan showcase selamat tiga jam pada 25 November depan di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie