Categories: HiburanTrending

Terlalu Mesra & Bermulut Manis, Netizen Mula Meluat Layan Sikap Terlampau Peramah Jaa Suzuran?

Pelakon Jaa Suzuran mendedahkan ada segelintir pihak yang tidak suka dengan sikapnya yang terlalu peramah.

Jaa tidak pernah jemu melayan gelagat dan perminat peminat-peminatnya untuk bergambar atau bersembang.

Mengakui takut dilabel sombong, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad sudah terbiasa untuk menjadi mesra di tempat umum.

Jaa yang menjangkau usia 30 tahun memberitahu semakin matang dan sudah timbul rasa segan dalam dirinya.

“Ada yang cakap saya annoying maklum la kadang-kadang saya kan jumpa orang dan sikap peramah dan bila tak kena dengan mood dia jadi akan rasa saya ni annoying.

“Tapi saya akui memang annoying pun tapi bila fikir balik nak masuk usia 30 tahun ni jadi mungkin makin matang maka ada rasa malu-malu sikit,” katanya.

Memetik laporan mStar, pelantun lagu Saye Katku Cinto Katku itu tidak dipercayai wanita kerana dianggap seorang yang tidak serius dalam perhubungan gara-gara sikap peramahnya yang keterlaluan.

“Nak kata saya try hard sangat wanita tu tak ada sangat, mungkin belakang-belakang tak sedar kot ada la, setakat berkawan tiga orang tu ada la, mungkin dia tersalah anggap dengan saya punya karekter peramah ni,” ujarnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie