Pelakon Scha Elinnea berkongsi beberapa keping foto mesra bersama seorang jejaka.

Menerusi hantarannya di TikTok Story, Scha dan lelaki itu mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang diletakkan pada setiap foto perkongsian tersebut.

“Mine 🤍,” tulisnya ringkas.

Sekaligus ia memberi gambaran bahawa lelaki tersebut adalah kekasihnya dan dia kini sedang dilamun cinta.

Lebih menarik, lelaki tersebut sempat meninggalkan komen yang menyatakan dia berasa bertuah.

“He’s lucky,” komennya.

 

Atiqah Johari