“Saya Akan Sentiasa Sayang Awak… Terima Kasih! “- Ubai MZ Tuju Pesanan Buat Shila Amzah?

Susulan hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi Shila Amzah di Instagram miliknya, pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dilihat seolah-olah mengiyakan kenyataan tersebut apabila membuat hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Ubai memuat naik quotes seolah-olah memberitahu isi hatinya terhadap Shila sebelum menitipkan ucapan terima kasih kepada penyanyi itu.

“Saya akan sentiasa mencintai dan menyayangi awak kerana tidak ada siapa pun yang boleh membuatkan saya rasa bahagia seperti mana awak. Thank you love,” katanya.

Terdahulu, Ubai memaklumkan dia mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun sebagai peminat.

Bagaimanapun, dia mula mendekati pelantun lagu Patah Seribu itu ketika dia berada dalam fasa kecewa akibat kegagalan rumah tangga.

“Saya suka dekat Shila sejak tingkatan satu pada 2011. Saya ‘follow’ Shila di Twitter.

“Dipendekkan cerita, saya mula mendekati Shila pada ketika berada di fasa sangat-sangat bawah.

“Masa itu, Shila baru bercerai dan tiada siapa-siapa. Waktu itu, Shila menangis dalam live TikTok.

“Saya rasa ‘budak ni sakit’, jadi saya mendekatinya. Saya sentiasa ada untuknya ketika susah dan sedih,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Shila dan Ubai difahamkan mendapat restu keluarga kedua belah pihak dan hubungan mereka juga kini berada di fasa yang lebih serius.

Salma Syahbuddin