Segaknya! Elfira Loy Kongsi Rasa Teruja Hari Pertama Anak Bersekolah

Pelakon jelita Elfira Loy berkongsi rasa teruja melihat anak sulungnya, Rayyan Khalaf sudah mula pergi ke pra-sekolah untuk hari pertama, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Elfira telah memuat naik gambar Rayyan yang segak mengenakan seragam sekolah Brainy Bunch sekali gus meraih rasa teruja dalam kalangan peminatnya.

“3rd January 2023. @muhamadrayyankhalafofficial first day of preschool! Cepat sangat rasa masa berlalu. Semoga apa yang Mommy and Ayah untuk Rayyan adalah yang terbaik untuk kamu. May Allah protect you always my Rayyan Boi.

“Have fun at school. Can’t wait to hear his first day of school,” tulisnya.

Elfira juga sempat berkongsi gelagat putera kesayangannya itu sebelum ke sekolah menerusi ruangan Instagram Story (Igs).

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya teruja melihat kecomelan Rayyan mengenakan seragam sekolah.

Malah, ada juga yang meminta Elfira untuk berkongsi momen anaknya itu bersekolah.

“Big brotha Rayyan, ! dah boleh imagine muka dia bila dah besar nanti.

“Please share his first school experiences.

“Olololo besar dah dia 😍😍 kejap sgt kan..have fun at school abang!

“Semoga Rayyan menjadi anak yang soleh,” komen peminatnya.

Fatin Nurain