Categories: HiburanSelebriti

“Segala Mak Nenek Silam Aku Korang Ungkit, Orang Lain Yang Viral Jangan Kaitkan I” – Haneesya Hanee

Pelakon dan model Haneesya Hanee meluahkan rasa terhibur dengan sikap sesetengah netizen yang mengungkit kembali kisah silamnya di media sosial.

Terdahulu, seorang pengguna aplikasi X mendedahkan dirinya baru tahu tentang kemelut di antara Hanee bersama seorang pelakon suatu ketika dahulu.

Menyedari perkara itu, Hanee turut terpanggil untuk meninggalkan respons di ciapan tersebut.

Menurut Hanee, dia sudah lama tidak aktif menggunakan aplikasi tersebut dan terkejut apabila mendapat banyak notifikasi.

“Hold up aku ni dah lama tak bukak Twitter, tetiba notification banyak masuk. Idk what’s happening but the moment I read about my past story I WILL LAUGH. Korang ni aku gelak pun salah. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA.

“Segala mak nenek silam aku korang ungkit. Orang lain yang viral tolong jangan kaitkan I,” tulisnya.

Menerusi ciapan tersebut, pelakon itu juga sempat meninggalkan pesanan kepada orang ramai agar berhenti mengaitkan sebarang isu viral dengan dirinya.

Sebelum ini, Hanee pernah menjadi bualan orang ramai suatu ketika dahulu apabila tular videonya berhibur di kelab malam sekali gus menyebabkan gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Fatin Nurain