“Sekarang Club Dah Bukak Balik, Kalau Pergi Tu Jaga-Jaga…”- Alamak! Puteri Sarah Beri Amaran Kat Siapa Tu?

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat seolah-olah memberi ‘peringatan’ kepada individu yang didakwa sering ke kelab hiburan.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah individu terbabit, namun Puteri Sarah sempat meninggalkan pesanan tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Jumaat.

“Sekarang club dah buka balik. Klau pergi tu jaga-jaga. Tengok kanan, kiri jangan nanti ada orang tersnap gambar. Dah viral balik.

“Lepastu jaga-jaga dekat club ramai orang. Takut terkena Covid.#sekadarperingatan,” tulisnya.

Sementara itu, pada 15 Julai lalu, Puteri Sarah tampil memberi komen balas kepada seorang pengguna media sosial yang dilihat menegur tindakannya yang seolah-olah enggan merestui hubungan suaminya dengan Ira Kaza.

“Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk… Puteri Sarah terima je lah, Islam izinkan…” tulis individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana ‘Sekolahkan’ Netizen Mulut Puaka

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Puteri Sarah juga didakwa enggan menolak perceraiannya itu gara-gara kekayaan yang dimiliki suaminya, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, pengurus beliau yang dikenali sebagai Emi Mat Rozekhi tampil membidas dakwaan tersebut dan memaklumkan aktres itu tidak hairan dengan kekayaan yang dimiliki pengarah tersohor terbabit memandangkan  dia juga mampu untuk memiliki apa yang dikehendaki hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini.

Salma Syahbuddin