Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tahniah diucapkan buat pelakon dan juga pengacara, Yatt Hamzah dan pasangan yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat mereka!

Berita gembira itu diberitahu oleh Yatt menerusi perkongsiannya di laman media sosial Instagram semalam.

“Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah, secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur,” kata Yatt Hamzah.

 

Sebelum itu, Yatt menyatakan kebimbangan terhadap kandungannya yang dilaporkan teleh melebihi dua minggu daripada jangkaan tarikh sebenar.

Yatt serta pasangannya, Mohamad Zulfahdli Khairuddin telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1. Sebelum ini, pelakon itu turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu.

Sekali lagi, tahniah Xtra ucapkan buat Yatt Hamzah dan juga keluarga! Semoga proses berpantang Yatt  dipermudahkan.

Sumber foto: Instagram Yatt Hamzah

Syafiqa Irdina