“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Macam-macam azam yang disenaraikan oleh selebriti tanahair sempena tahun baru, tapi lain pula dengan pelakon Wan Sharmila yang berhasrat untuk menukar nama panggilannya sahaja sempena tahun 2020. 

Perkara ini diluahkan oleh pelakon drama rantaian Kau Yang Pertama itu menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Suka yang senyum atau suka yang tak senyum? Apapun Bismillah untuk Tahun Baru 2020. Pagi ini, kawan baik saya suruh saya berjanji pada diri sendiri, walau apa terjadi, jangan cepat berputus asa dan jangan berhenti meminta dari DIA.

“Tahun ini, saya nak tukar nama kepada Lola. Panggil saya Lola tau,” tulisnya sebagai kapsyen. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak mempunyai masalah untuk memanggilnya Lola tetapi ada juga yang bertanya kenapa mahu menukar gelaran dan ada juga yang berkata Lola di dalam bahasa Filipina bermaksud ‘nenek’. 

Pelakon yang mencuri tumpuan netizen apabila berhijrah memakai tudung sejak Oktober lalu, pernah berkata dia tidak takut jika tawaran berlakon berkurangan hanya kerana tindakannya berhijab kerana percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah SWT. 

Baca: “Saya Buat Kerana Ianya Tanggungjawab”- Wan Sharmila Akhirnya Tampil Berhijab

Kredit Foto: Instagram @lala.wansharmila

Del14