Categories: HiburanTrending

“Selamat Tinggal Buat Selamanya” – Dakwa Lupa Diri, Amy Ukays Enggan Buat Lagu Raya Untuk Aliff Syukri

Komposer Amy Ukays memuat naik hantaran menyatakan ada beberapa individu yang menghubunginya untuk menghasilkan lagu Raya.

Namun, Amy menegaskan bahawa dia enggan bekerjasama dengan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri kerana mendakwa Aliff bersikap lupa diri.

“Iqbal hubungi Amy untuk minta buatkan lagu Raya untuk beliau tahun ini. Datuk Aliff juga ada whatsapp I minta buat lagu Raya tapi Amy menolak sebab dia lupa diri dan asal usul, Amy tak suka untuk bekerjasama,” katanya.

Malah, Amy juga memberitahu untuk tahun ini dia akan memberi fokus dalam membuat lagu Raya untuk beberapa individu lain.

“Maka, tahun ini Amy fokus buat lagu Raya untuk Iqbal, Dato Vida, Baby Shima, Dato Ifa Raziah dan lagu baru Raya Ukays Reborn bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya… DAS (Datuk Aliff Syukri) selamat tinggal buat selamanya,” tulis Amy lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada hantaran lain pula, Amy mengatakan dia reda jika diserang Aliff di media sosial gara-gara menolak permintaan usahawan tersebut.

“Amy bakal akan diserang di media sosial gara-gara menolak permintaan seorang yang bergelar jutawan yang berpengaruh, Amy redha,” ujarnya.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan beberapa lagu Raya berjudul Kelepok Raya dan Chu Ku Chuk Raya namun kedua-dua lagu tersebut menerima kritikan daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Merayu Sampai Terjerit-Jerit, Aliff Syukri Kecewa Radio & TV Tak Mainkan Lagu Chu Ku Chuk Raya

Artikel Berkaitan: “Kita Insan Terpilih, Mak Sedia Ya” – Bakal Lancar Lagu Raya Lagi! Isteri & Ibu Reda Dengan Perangai Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: “Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Atiqah Johari