Categories: Trending

“Yang Gila Tu Prince Chiki Dinzly” – Iqram Dinzly Tak Kisah Dikaitkan Dengan Fathia Latiff, Syukur Masih Kekal Relevan

Pelakon Iqram Dinzly memberitahu dia tidak peduli dengan kata-kata netizen yang mengaitkan namanya dengan aktres sensasi, Fathia Latiff.

Memetik laporan Harian Metro, Iqram memilih untuk memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan olehnya.

“Alhamdulillah, itu bermakna Allah sedang mengangkat darjat nama Iqram Dinzly, walaupun apa yang terjadi di dalam media sosial mesti akan bersangkut paut dengan saya, walaupun yang gila itu, Prince Chiki Dinzly.

“Biarlah orang nak kaitkan saya dengan Fathia Latiff ke, dengan siapa ke. Alhamdulillah, kerana zaman sekarang orang kejarkan viral dan glamor, tapi macam saya tak kejarkan semua itu.

“Yang penting ketika ini, saya duduk diam-diam untuk jadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu saja fokus ketika ini,” katanya.

Selain itu, dia turut menyatakan rasa syukur namanya masih kekal relevan meskipun kurang menghiasi kaca televisyen.

“Sebenarnya, nama saya sentiasa disebut-sebut dan ia dianggap sebagai salah satu anugerah daripada Allah.

“Ini maknanya, masih ramai yang mengingati saya walaupun sudah lama tidak terbabit dalam industri hiburan.

“Terima kasih kepada netizen kerana sering mengaitkan nama Iqram Dinzly dengan mana-mana saja ‘kegilaan’ di kalangan masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Maya Basir