Categories: SelebritiTrending

“Here We Go Again” – Akibat Demam Panas & Muntah, Iman Troye Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Iman Troye memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya ditahan di wad di sebuah pusat perubatan.

Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin berkongsi keadaannya itu menerusi Instagram Stories (IGS) miliknya beberapa jam lepas.

Difahamkan, Iman dimasukkan ke hospital gara-gara demam panas dan mengalami muntah sehingga perlu dimasukkan air dalam badan berdasarkan hantaran yang dibuat Melodi TV3.

Sebelum ini, pelantun lagu Teman ini pernah berdepan kemalangan jalan raya dan mengalami cedera ringan di bahagian kepala, kaki dan telinganya.

Artikel Berkaitan: “Kepala Terhentak Dekat Tingkap…” – Kereta Hilang Kawalan & Kemalangan, Iman Troye Akui Trauma Nak Memandu

Artikel Berkaitan: “Jangan Study Kuat Sangat!” – Iman Troye Dedah Adik Saudara Koma 4 Bulan Gara-Gara Abai Kesihatan Demi Result Cemerlang

Artikel Berkaitan: Lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Buat Terimbau Momen Dengan Keluarga, Iman Troye Sedih Dengan Pemergian Ibnor Riza

Atiqah Johari