Categories: HiburanSelebriti

Selebriti Lelaki Tayang Gambar 18 SX Di Instagram?

Selebriti Iqram Dinzly sekali lagi mencetuskan kontroversi di laman sosial apabila memuatnaik gambar separa bogel, sebentar tadi.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon yang pernah membintangi drama Bella ini kembali mengejutkan netizen dengan aksi yang mendapat kecaman hebat.

Menerusi gambar berkenaan, Iqram turut menulis ucapan hari jadi buat rakannya yang menggunakan nama akaun Furqanhod. 

Dalam masa sama, Iqram turut dedikasi ucapan ‘panas’ buat pelakon Jue Aziz yang membuatkan netizen terkejut.

Rata-rata pengikut Iqram di Instagram mengecam tindakan lelaki itu dan menganggap dirinya sedang mencari publisiti murahan.

Iqram juga turut diisytihar muflis tahun lalu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.

Dia juga mengambil keputusan untuk bersara daripada industri seni tanah air. 

SGMS Faida