Categories: Trending

Isu Vaksin Cetus Perbalahan Netizen! Doktor Pakar Ini Akhirnya Bersuara

Tular di laman sosial apabila isu vaksin menjadi perdebatan di sebuah rancangan televisyen. Rancangan yang bertajuk Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan ini, menjadi perdebatan hangat dikalangan kelompok netizen di laman sosial. Berdasarkan ruangan komen di laman sosial, sebilangan netizen menyokong suntikan vaksin dan sebilangan pula berpendapat sebaliknya.

Namun, pandangan dari seorang doktor pakar yang berstatus Professor ini telah menarik perhatian ramai. Doktor yang dikenali dengan nama Imelda Balchin ini merupakan professor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Fakulti Perubatan Universiti.

Menurut status yang dimuat naik daripada laman facebook beliau, Doktor Imelda berkata 75% daripada kes penyakit demam campak adalah mereka yang tidak menerima vaksin. 

 

Sumber: https://www.facebook.com/imelda.balchin

Doktor Imelda menegaskan  pandangan beliau adalah berdasarkan fakta dan kajian daripada perspektif Islam dan perubatan moden. Isu ini turut mendapat perhatian daripada Dr Amalina Bakri yang turut bersetuju dan menyokong pandangan Doktor Imelda. 

 

Sumber:https://www.facebook.com/imelda.balchin

Terdahulu, Dr Imelda turut lantang bersuara mengenai amalan berpantang yang dikatakan tidak menjadi suatu kewajipan. Isu ini turut menimbulkan kritikan daripada netizen. 

Isu vaksin ini semakin menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan status yang dimuat naik oleh bekas penyanyi kumpulan nasyid iaitu Suhaimi Saad yang berkeras mengatakan pandangan anti- vaksin. Pendapat Suhaimi telah menerima kecaman dan menimbulkan kemarahan netizen.

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia lebih bijak dalam mengambil kira pandangan daripada doktor pakar dan bukan sebaliknya.

Ad Ops