Selebriti By: Atiqah Johari June 27, 2023 @ 3:32pm

ABPBH 35: Tercalon Top 5 Dalam Dua Kategori, Siti Khadijah Anggap ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ Pembawa Tuah

Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim menganggap drama Sekali Lagi Cinta Kembali memberi tuah kepadanya apabila tercalon dalam dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Siti berjaya tersenarai dalam kategori BBNU Wanita Popular dan Couple Drama Popular bersama pelakon Aniq Suhair menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang juga tercalon sebagai Drama Popular.

“Sekali Lagi Cinta Kembali memberi tuah kepada saya dan banyak sangat impak positif yang saya dapat. Saya betul-betul berterima kasih kepada penerbit saya A. Aida Production, Datuk A. Aida dan juga abang Reza Baharuddin sebab beri kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Aira.

“Dan juga terima kasih kepada penonton yang suka cerita ini sampai banyak sangat minta nak buat Season 2. InsyaAllah kalau ada rezeki, kalau A. Aida dan casts lain sudi untuk kerjasama dengan saya lagi InsyaAllah kami akan gembirakan penonton. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua,” katanya.

Lebih membanggakan, sebagai pelakon baharu Siti berjaya membolosi Top 5 dalam kedua-kedua kategori yang tercalon bersyukur diberi peluang namun dia tidak meletak harapan tinggi dan terbuka dengan sebarang keputusan.

“Siti sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas peluang dan ruang untuk Siti berkembang lebih besar, lebih maju lagi dalam industri dan Siti tak letak harapan tinggi pun untuk mana-mana kategori. Kalau tertulisnya rezeki Siti untuk memenangi InsyaAllah itu rezeki tapi apa-apa pun keputusan Siti bersyukur,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Siti turut bersyukur digandingkan dengan Aniq Suhair dan merasa kerdil kerana pasangan yang tercalon dalam Couple Drama Popular lebih hebat.

“Untuk tercalon, Couple Drama Popular pun Siti bersyukur sangat-sangat sebab peminat dapat menerima gandingan Siti dengan Aniq. Siti pun gembira dapat bekerjasama dengan dia dan Siti tak ada favoritism sebab semualah yang bersaing itu pun favourite Siti dan Siti memang rasa kerdil sangat, diorang semua memang hebat-hebat belaka.” katanya ketika dihubungi XTRA.

Peminat boleh layari www.abpbh.com.my bagi menyemak senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Sun, 11 Sep 2022

Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

Yeke Nadia Brian seksi?? Yang penting Nadia memang cantik!😍🔥

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di […]

Featured Mon, 13 Sep 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam. Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2019
Trending Wed, 13 May 2020

Tidak Pernah Keluarkan SOP Ziarah Beraya – MKN

Hati-hati dengan berita palsu guys..

Featured Wed, 15 Mar 2023
Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun