Categories: SelebritiTrending

“Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Umum mengetahui, pelakon Shakilla Khoriri telah kembali mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya.

Namun begitu, menerusi hantarannya di InstaStory, Shakilla memohon maaf kepada rakan media kerana tidak memberi sebarang respons berkenaan perkahwinannya sebelum ini.

Jelasnya, dia bertindak sedemikian kerana enggan orang luar ‘mencerobohi’ majlisnya sebelum berlangsung.

“Assalamualaikum. To all media friends whom I respect and love. Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya pada hari ini.

“Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung,” katanya.

Susulan itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini menyatakan bahawa dia akan memberi kerjasama dengan pihak media untuk berkongsi mengenai pernikahannya itu.

Namun begitu, dia juga memohon diberikan masa dan ruang untuk memberi sebarang kenyataan kerana perlu menjaga hati pihak tertentu.

“Saya akan kongsi. Saya akan jawab. Saya akan beri kerjasama tapi beri kami ruang dan masa.

“Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.

“Walaupun dia orang yang paling excited dan happy tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ni pada dia.

“Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya. Apa saja saya taruhkan. Saya mohon maaf sekali lagi.

“Saya faham tugas dan kerja kalian tapi saya juga mohon kalian hormat dan faham situasi saya. Bagi saya ruang untuk saya rancang kehidupan baru KAMI. Terima Kasih,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Kembali Bergelar Isteri & Kongsi Foto Nikah, Shakilla Khoriri Akui Tanggungjawab Bertambah – “Amanah Allah Untuk Jaga 2 Orang Ni”

Artikel Berkaitan: Sah Nikah! Ramona Zamzam Hadir Majlis Kahwin Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: Tinggalkan Status Ibu Tunggal, Shakilla Khoriri Bakal Nikah Esok?

Atiqah Johari