Categories: SelebritiTrending

Kembali Bergelar Isteri & Kongsi Foto Nikah, Shakilla Khoriri Akui Tanggungjawab Bertambah – “Amanah Allah Untuk Jaga 2 Orang Ni”

Pelakon Shakilla Khoriri memuat naik foto majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Fariz Zulkepley.

Menerusi hantarannya itu, Shakilla menyatakan bahawa dia dan pihak pengantin lelaki bersetuju untuk melakukan majlis secara tertutup yang dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja.

Dalam pada itu, Shakilla juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk dirinya dan anak.

” SELAMAT DATANG UNCLE FARIZ. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran family dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.

“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Shakilla turut menyatakan bahawa kini dia memikul tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang isteri dan ibu.

“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.

“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni.
Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga.

“Terima kasih Mak Abah, Terima kasih Ameena Sofia, Terima kasih ALLAH,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Sah Nikah! Ramona Zamzam Hadir Majlis Kahwin Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: Tinggalkan Status Ibu Tunggal, Shakilla Khoriri Bakal Nikah Esok?

Atiqah Johari