Categories: SelebritiTrending

“How Would You Like To Be Mrs. Hariz?” – Dilamar Kekasih, Afifah Nasir Bakal Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

Pelakon jelita Afifah Nasir berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa dirinya dilamar oleh kekasih hatinya.

Menerusi hantarannya di Instagram, Afifah dilamar di atas sebuah pesawat dengan mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Hariz.

Malah, pelakon drama Haloba ini memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

“Ms. Afifah, if I may ask how would you like to be Mrs. Hariz this year?” tulisnya sebagai kapsyen.

Bukan itu sahaja, Afifah juga kelihatan sebak apabila kekasihnya itu melamarnya dengan memberikan sejambak bunga beserta cincin.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Sedondon Bersama Teman Lelaki, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Afifah Nasir Naik Pelamin

Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Idam Jejaka Tampan & Tinggi Ilmu Agama Jadi Calon Suami – “Saya Mahu Lelaki Sempurna, Tapi…”

Atiqah Johari