Sah Nikah! Ramona Zamzam Hadir Majlis Kahwin Shakilla Khoriri

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pelakon Shakilla Khoriri bakal menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: Tinggalkan Status Ibu Tunggal, Shakilla Khoriri Bakal Nikah Esok?

Berita tersebut disahkan oleh rakan selebriti yang hadir ke majlis perkahwinannya iaitu pelakon Ramona Zamzam.

Menerusi perkongsian Ramona, dia menzahirkan ucapan tahniah buat Shakilla yang dilihat mengenakan busana songket serba putih.

“Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan Ameena,” tulisnya ringkas diruangan kapsyen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Shakilla sah berkahwin dengan individu lelaki yang dikaitkan dengannya sebelum ini yang dikenali sebagai Fariz Zulkeply.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Mental Anak Terkesan, Shakilla Khoriri Enggan Kes Hadanah Berlarutan… ‘Happy’ Fizi Ali Nak Jumpa Ameena

Atiqah Johari