Categories: SelebritiTrending

Terjatuh Ketika ‘Shooting’, Azira Shafinaz Patah Pergelangan Tangan

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz memaklumkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangannya.

Menerusi perkongsiannya di InstaStory, Azira memberitahu dia terjatuh ketika melakonkan babak terakhir sebuah drama di set penggambaran.

Kata anggota kumpulan De Fam itu, dia bersyukur tidak mengalami kecederaan parah namun pergelangan tangannya patah.

“Accidentally fell while i was filming my scene last night. Alhamdulillah no major injuries, just that i hairline fractured my wrist,” kongsinya.

Susulan itu, Azira memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhannya.

“Please pray for my recovery,” katanya lagi.

Atiqah Johari