Categories: SelebritiTrending

Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Nurul Shuhada? Netizen Bitter Komen: “Baby Sebelum Ini Tunggu Di Mana? Takkan Di Neraka?”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik video sebuah hadis yang menceritakan tentang bayi dalam kandungan yang keguguran.

“Uwais (kandungan yang gugur) tunggu ibu, sister and abang Umar dekat syurga Allah ye 🤍” tulis Shuhada sebagai kapsyen.

Namun, ada individu di lihat seperti tidak berpuas hati dengan hantaran Shuhada dan mempersoalkan tentang kandungan pertama yang dialaminya serta mengirimkan keratan artikel kepadanya.

“Abang Uwais je ke yang tunggu di syurga?

“Yang baby sebelum sistur, tunggu di mana pulak? Takkan di neraka pulak 😅” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil membidas kiriman mesej langsung (DM) dan mengakui tidak akan memaafkan individu seperti itu.

“Sembanggggg kari, mungkin dia la kot nanti masuk neraka 🫰

“Ini lah ceritanya kalau dia lagi tahu cerita dari orang yang lalui tu sendiri 😉 Orang macam ni kita tak boleh maafkan, so merangkak la cari nanti ye,” katanya.

Terdahulu, Shuhada memaklumkan sedang hamil anak ketiga namun dia mengalami keguguran pada usia kandungan yang baru mencecah 14 minggu.

Artikel Berkaitan: Sebak! Anak Pilih Nama Uwais Buat ‘Adik’, Shuhada Dakwa Hafidz Tabur Fitnah Gugurkan Kandungan

Artikel Berkaitan: Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Atiqah Johari