Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Suka Hiburkan Orang Tapi Pemalu & Gemar ‘Me Time’ Tiba-Tiba? Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Maryam Durian Kimchi!

Pempengaruh, model & pelakon, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi merupakan personaliti yang terkenal di Malaysia.

Nama Maryam mula dikenali menerusi platform media sosial dengan mempelajari bahasa Melayu bersama suaminya, Ryzal Ibrahim dalam video vlog yang dimuat naik ke saluran Youtube.

Wanita berasal Korea Selatan ini mula terlibat dalam industri hiburan Malaysia pada tahun 2021 dengan menjadi juri dalam sebuah rancangan realiti malah banyak melibatkan diri dalam komedi antaranya filem Mat Tudung Begins.

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Maryam berkongsi mengenai beberapa perkara yang ramai tak tahu tentang dirinya!

1. Berpersonaliti Introvert

Sering lihat menghiburkan ramai orang, namun Maryam merupakan seorang yang pemalu dan berperwatakan introvert.

“Saya introvert, pemalu sangat. Sangat-sangat introvert. Saya kalau keluar orang tengok, malu”

Mesti ramai tak sangka Maryam sebenarnya pemalu 😅

2. Suka Sendirian Tiba-Tiba?

Siapa yang tiba-tiba suka ‘me time’? 🙋‍♀️ Haa, sama macam Maryam! Dia mengaku ini antara tabiat peliknya.

“Maryam suka duduk seorang diri tengok Netflix, suka ‘Me Time’ tiba-tiba. Orang normally spend time dengan family”

Memang unexpected lah Maryam ni 🤣

3. Tak Gemar Makanan Berperisa Durian

Durian memiliki fans yang tersendiri! Tapi, lain pulak dengan Maryam dia tidak boleh untuk menjamah makanan yang berperisa durian namun makan buah yang segar sahaja.

“Saya tak suka durian flavour. Saya makan durian tapi saya tak boleh makan makanan berperisa durian. Saya hanya boleh makan buah durian”

Maryam orang Korea pun makan durian tapi mesti yang buah bukan perisa! Steady lah 🫰

4. Tak Ada Kening?!

Jarang-jarang wanita nak reveal rahsia macam Maryam! Haha memang rare dan spontan sangat Maryam ni 🤣

“Sebenarnya Maryam tak ada kening! Ini sebelum convert saya buat ‘embroidery tattoo eye brow’ so sampai sekarang ada. Saya cuma tambah make up”

Apapun, Maryam tetap cantik, tertarik, kau memang da bomb!

Atiqah Johari