Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Berangan Kawan Dengan Artis Kpop, Sejenis Malas Nak Balas Mesej! Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Aman Aziz!

Aman Aziz atau pemilik nama Mohammed Razman Abdul Aziz merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat di Malaysia.

Aman mula menceburi industri hiburan apabila menyertai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia Musim 11 pada 2014 sekaligus berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara musim tersebut.

Nama Aman melonjak naik apabila lagu ‘debut’ nya yang berjudul ‘Without You’ ciptaan Awi Rafael mendapat tempat dihati peminat.

Malah, Aman juga muncul dalam drama-drama popular seperti Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cina Buta dan lain-lain.

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Aman berkongsi beberapa fakta menarik yang ramai tidak tahu tentangnya!

1. Mirror, Mirror On The Wall 🪞

“Bila tengok cermin handsome nya aku, tengok gambar-gambar lama handsome nya. Kita kena angkat bakul sendiri”

Aman dah boleh ganti Queen dalam cerita Snow White dah tu 😂

2. Suka Menjerit!

“Random, saya suka jerit. Tambah kalau main game. Saya bukan jerit yang marah tau. Jiran-jiran pun dah terbiasa sebab diorang pun kadang-kadang bising”

Ada ke sejenis Aman yang suka jerit tiba-tiba? 😅

3. Berangan Kawan Dengan Artis Kpop 😎

“Saya suka berangan yang pelik-pelik. Contohnya, kerjaya saya sampai ke luar negara. Saya berangan kawan dengan Kai EXO! Berangan kan tak ada halangan. Saya banyak berangan kawan dengan EXO sebab saya minat. Saya selalu berangan sebelum tidur”

Mana tahu berangan nanti satu hari jadi kenyataan! Gaya Aman pun dah macam Kpop 🕺

4. Susah Nak Balas Mesej 📴

“Saya memang susah nak balas mesej. Kalau saya rajin, saya balas sebab saya tak berminat dengan Whatsapp. Saya prefer call”

Tabiat ni mesti ramai yang sama macam Aman 😅 Bukan kaki sidai tapi memang tak minat nak balas!

Atiqah Johari