Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Suka Masak & Bersenamā€¦ Ini 5 Fakta Menarik Tentang Dayang Anisha Rosnah!

Berita mengenai perkahwinan putera Brunei, Sultan Brunei Pengiran Muda ā€˜Abdul Mateen Bolkiah yang dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari 2024 depan mendapat perhatian ramai.

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, kami akan berkongsi beberapa fakta menarik tentang bakal isteri Prince Mateen iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam.

1. Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dilahirkan pada tahun 1994 dan juga dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic.

2. Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

3. Anisha Isa Kalebic juga merupakan graduan dari sebuah universiti di England malah memiliki perniagaan fesyen sendiri yang diberi nama Silk Collective.

4. Wanita jelita ini juga memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan iaitu Authentirary yang bekerjasama bersama rakan baiknya.

5. Bukan sekadar jelita, Anisha juga gemar untuk memasak dan bersenam.

Untuk makluman, istiadat perkahwinan Prince Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam akan berlangsung selama 8 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.

Atiqah Johari