Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Ada ‘Hidden Talent’ & Dapat ‘Black Belt’ Dalam Taekwondo! Ini 4 Fakta Ramai Tak Tahu Tentang Sophia Albarakbah!

Siapa je tak kenal dengan pelakon dan model jelita Sophia Albarakbah yang namanya kini semakin meningkat naik dalam industri seni.

Sophia yang memulakan kerjaya seni seperti lakonan dan peragaan sejak tahun 2018 merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Dietetik dengan Pemakanan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Selebriti yang berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab ini mula dikenali menerusi filem dan drama popular seperti Mimaland, Suamiku Lelaki Pendosa, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, From Saga With Love dan banyak lagi.

Untuk yang tidak tahu, ibu Sophia pernah merangkul tempat pertama dalam sebuah pertandingan kecantikan pada tahun 1980. Patutlah Sophia pun cantik! She got it from her mama 😍

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Sophia berkongsi beberapa fakta yang ramai tak tahu mengenainya!

1. Pandai Main Hula Hoop

“Saya pandai main Hula Hoop. Saya boleh berjalan sambil Hula Hoop berpusing dipinggang sejak saya sekolah menengah. Saya selalu buat aktiviti Hula Hoop sampai ia jadi mudah untuk saya. Mungkin ia salah satu bakat saya”

Wuu… hidden talent Sophia ni!

2. Mummy Kepada 21 Ekor Kucing

“Saya pernah ada 21 ekor kucing tapi dah tak ada. Sekarang tinggal 3 ekor je”

Orang kata siapa yang suka kucing ni penyayang orangnya 😍

3. Ada ‘Black Belt’ Dalam Taekwando! 🥋

“Saya sebenarnya ada tali pinggang hitam untuk seni mempertahankan diri Taekwondo”

Wow! Nampak je Sophia lemah lembut tapi siapa sangka ada ‘black belt’! Ada berani nak usik Sophia? 👀

4. Eat First, Drink Later

“Saya takkan minum air ketika sedang makan. Lepas habis makan baru saya akan minum air. Itu tabiat saya”

Tabiat yang bawa kebaikan! Mak-mak pun selalu pesan macam ni kan 🥰

Atiqah Johari