Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Pencinta Ular & Suka Filem Genre Psikologikal Thriller! Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Diana Danielle!

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson merupakan seorang selebriti versatil yang popular di Malaysia.

Dia dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat dan merupakan anak tunggal kepada Norsiah Ramli yang berketurunan Melayu dan Danny Beeson yang merupakan warganegara Amerika Syarikat.

Diana memulakan karier dalam bidang seni sejak usia sembilan tahun dan namanya mula dikenali ramai menerusi drama dan filem seperti Airmata Maria, Gol & Gincu The Series, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan banyak lagi.

Bukan sahaja berlakon, Diana juga memiliki bakat dalam nyanyian dan melancarkan beberapa single seperti Tentang Kita, Heaven dan Bersama Dengan Rindu.

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Diana berkongsi beberapa fakta yang ramai tidak tahu tentangnya!

1. No Sugar Please!

“Saya tak suka makan makanan manis. Saya tak suka gula! Saya tak suka gula dalam makanan dan minuman saya. Jadi, saya pun tidak gemar dengan coklat tapi bila badan saya memerlukan gula saya akan jamah sedikit”

Patutlah sentiasa cantik dan fresh je tengok 😍

2. Gemar Filem Genre Psikologikal Thriller

“Saya tak suka tonton filem sebenarnya. Tapi, saya tonton filem yang memerlukan saya untuk berfikir dan saya boleh tengok berulang kali. Saya suka genre psikologikal thriller bukan filem konvensional”

Siapa suka filem yang complicated, dark boleh geng dengan Diana!

3. Hidap Rheumatoid Arthiritis?

“Saya ada Rheumatoid Arthiritis (radang sendi di lutut). Saya tak boleh menari atau bersukan seperti selalu sejak dua tahun lalu”

OMG! Speedy recovery DD 💪

4. Pernah Bela Ular! 🐍

“I love snakes! Saya pernah pelihara ular tapi dia dah hilang tak tahu pergi mana”

Uishhh berani betul ek Diana 😱

Atiqah Johari