Categories: Kisah ViralTrending

Ular Sawa Besar Tumpang Kereta, Netizen Kagum Suami Isteri Tenang Kawal Situasi Tegang

Baru-baru ini tular di media sosial seekor ular sawa yang bersaiz besar ‘menumpang’ kereta pasangan suami isteri.

Mereka menyedari kehadiran reptilia itu sewaktu memandu di jalan raya selepas makan malam bersama keluarga.

Ular sawa tersebut dilihat keluar dari enjin kereta dan menjalar di cermin hadapan kereta.

Video tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aatwilight dan telah meraih 863 700 tontonan, 18 600 tanda suka dan 913 komen.

Rata-rata netizen yang menyaksikan situasi tegang tersebut meluahkan rasa kagum terhadap pasangan suami isteri itu kerana tidak panik.

“Setenang-tenang manusia isteri dia, aku yang tengok ni pun cering bulu roma”

“Alhamdulillah, suami isteri basahi bibir memuji Allah, tak terjerit-jerit”

“Akak kagum dengan awak berdua, kalau akak, akak menjerit sepanjang jalan”

“Besarnya, kalau makcik pengsan terus” komen netizen.

Mereka sangat tenang menghadapi keadaan tersebut.

Bahkan, wanita itu juga mendoakan agar ular itu selamat dan tidak jatuh ke jalan kerana risau dilanggar kenderaan lain.

Suaminya terus memandu kereta ke Balai Bomba Cyberjaya bagi mendapatkan pertolongan.

Ular sawa itu berjaya ditangkap hasil bantuan bomba.

Dalam pada itu, warganet turut berseloroh di ruangan komen.

“Ular dah merajuk sebab ingtkan nak bawa jalan-jalan tapi abang bawa ke balai bomba”

“Tempat tidur dia dah panas”

“Bawa la dia bersiar-siar,” tulis warganet.

Syamir Shafie