Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Suka Tengok Langit Sejak Kecil & Suka Mengelamun? Ini 3 Fakta Ramai Tak Tahu Tentang Khai Bahar!

Bermula dengan memuat naik video nyanyian semula di Youtube dan aplikasi Smule sehingga digelar sebagai ‘King of Smule’ membuatkan nama Khai Bahar dikenali di Malaysia.

Dengan bakat dan kemerduan suaranya, Khai Bahar atau pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin ini dilamar untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records sebagai penyanyi selama tiga tahun sebelum bergerak bebas.

Populariti Khai semakin meningkat naik apabila berjaya merangkul kejayaan menerusi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah MeleTOP ERA dan banyak lagi.

Sehingga kini, Khai juga telah merakamkan lebih 30 buah lagu, miliki dua album, mencipta 18 buah lagu dan pelbagai kejayaan lain.

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Khai berbesar hati berkongsi beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenainya!

1. Suka Teroka Langit 🌌

“Daripada kecil saya suka tengok langit. Saya suka kaji benda-benda yang ada di langit dan di angkasa”

Kalau ikut pakar psikologi, orang yang suka dengan langit ni jenis yang suka ketenangan dan beremosi. Terma untuk orang yang suka langit ialah Astrophile.

2. Tak Suka Tempat Bersepah!

“Saya tak suka barang-barang bersepah terutamanya dalam bilik. Saya kena pastikan tak ada satu benda pun bersepah. Kira macam OCD orang panggil. Saya akan kemas seluruh bilik”

Bila nampak barang bersepah, mood pun boleh jadi serabut kan?!

3. Kuat Mengelamun?

“Saya suka mengelamun jugak. Kadang bila tengah sembang dengan orang tetiba boleh mengelamun hilang fokus”

Alamak! Mengelamun fikir apa tu? Siapa macam Khai jugak? 🙋‍♂️

Atiqah Johari