Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Betul Ke Ramai Cakap Sombong? Ini 4 Fakta Ramai Tak Tahu Tentang Siti Khadijah Halim!

Siti Khadijah atau nama sebenarnya Siti Khadijah Abdul Halim merupakan seorang selebriti yang namanya makin meningkat naik di Malaysia dalam bidang lakonan dan peragaan.

Siti mula terlibat dalam industri seni apabila menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 dan berjaya merangkul gelaran juara.

Bukan itu sahaja, bakat Siti semakin mendapat perhatian ramai menerusi drama Ash & Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.

Lebih membanggakan, walaupun baru menapak dalam lakonan, Siti telah tercalon dalam beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Drama Sangat 2023 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 dalam kategori utama.

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Siti Khadijah Halim berkongsi beberapa ‘fun facts’ yang ramai tak tahu tentangnya!

1. Suka Menyanyi Tapi…

“Saya suka menyanyi tapi suara saya tak sedap”

Betul ke tak sedap suara Siti? Siapa nak dengar Siti nyanyi?

2. Sering Disangka Sombong

“Banyak orang cakap saya sombong tapi sebenarnya saya tak sombong cuma banyak cakap takut orang menyampah je la”

Siti tak sombong tau tapi dia crackhead 🤣

3. Lebih Gemar Duduk Rumah

“Saya sebenarnya suka duduk rumah. Mungkin pada luaran nampak saya seorang yang extrovert tapi sebenarnya saya introvert… yang penting bukan pervert 🤣”

Duduk lepak kat rumah la best! Me time giteww

4. Pantang Tandas Basah!

“Saya memang tak boleh toilet yang basah. Saya nak buang air dekat mangkuk tandas memang tak boleh basah. Saya tak suka kaki saya basah”

Haa ni tabiat pelik Siti, siapa macam ni jugak?

Atiqah Johari