Akui ‘Circle’ Semakin Kecil, Fazura Terharu Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir – “Ada Yang RM500 Seorang, Beribu Pun Ada”

Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa syukur dapat meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 bersama sahabat baiknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fazura berasa terharu apabila mengetahui semua sahabatnya mengeluarkan wang masing-masing untuk menyambut hari lahirnya.

“Yet another surprise on the night of my birthday! Speechless. Selalunya Faz yang akan happily plan to celebrate others, but this year.. sangat sayu for all the surprises.

“For this, thank you dear friends for making me feel loved and appreciated. Dengarnya almost semua kawan-kawan yang datang malam tu keluarkan duit.

“Ada yang RM500 each, yang beribu pun ada. Tak kurang juga yang luangkan masa and effort untuk sama-sama celebrate birthday Faz,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut mengakui ‘circle’ sahabatnya semakin kecil dan dia bersyukur dengan semua yang masih ada.

“As the year goes by, my circle has become smaller and I’m grateful for each and everyone yang Allah izinkan ada; the old, and the new.

“What matters to me most now is keikhlasan dalam persahabatan, which is truly rare these days.

“Bersyukur for all the lessons dan semoga Allah SWT sentiasa kurniakan Faz dan kita semua petunjuk serta hikmahnya yang terbaik di dunia akhirat.. mudah-mudahan.. Aminn,” katanya.

Terdahulu, Fazura pernah meluahkan rasa kecewa dan memilih untuk jauhkan diri daripada seseorang demi ketenangan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Nur Fazura Sentuh Hati Netizen… Pernah Tak Dihargai, Pilih Jauhkan Diri Demi Ketenangan Diri – “Sudah Cukup Kecewa Di Hati…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Terlalu Peribadi” – Luah Rasa Kecewa Pada Seseorang, Fazura Akui Berkecil Hati

Maya Basir