Categories: #LaguXTRAHiburan

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Buat pertama kalinya Wanna Ali yang merupakan pelakon tanah air bergandingan dengan penyanyi Aiman Ismail dalam menghasilkan lagu Bukan Sekadar Lafaz. Gandingan kedua-dua selebriti ini dalam membawakan lagu bergenre pop Balada boleh didengar di semua platform digital bermula 3 Oktober 2023.

‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini merupakan lagu istimewa hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh yang juga merupakan pemilik Pencil Pictures and Records. Beliau yang pernah meraih Anugerah Extraordinary Achievement of The Year pada Malaysia Prestigious Industry Awards 2021 ini, teruja dengan hasil single ini.

Menurut beliau, “Sekian lama tidak menghasilkan lagu, jadi saya amat teruja apabila dipanggil untuk menghasilkan runut bunyi (OST) lagu rasmi bagi drama bagi Bukan Sekadar Lafaz yang bakal disiarkan di TV3. Lagu ini cukup bermakna kepada saya kerana ia mencerminkan diri saya sendiri dan situasi yang saya sendiri pernah alami. Pemilihan Aiman selaku rakan duet turut menyuntik keunikan tersendiri sementelah melihat hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai anak dan bapa tiri. Liriknya juga memberi makna yang sangat mendalam dan berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Wanna dan Aiman kerana membawakan lagu ini dengan penuh emosi. Penggubahan lagu ini sudah tentunya menjadi pengalaman istimewa buat saya, jadi saya harap pendengar dapat menerimanya dengan baik kerana saya sudah mencurahkan hati saya ke dalam lirik dan irama.”

Sementara itu, Wanna turut berkongsikan pengalamannya. “Wanna mengambil masa lebih 2 minggu untuk menjiwai lagu ini. Memang menarik hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh ni. Bila baca liriknya bersama melodi, saya rasa saya adalah Ashikin, watak yang saya pegang dalam drama tersebut. Rakaman single ini di dalam studio bersama Aiman Ismail, Alhamdulillah mengambil masa hanya 5 jam sahaja, kerana Aiman juga memberi kerjasama yang sangat baik” jelas Wanna yang turut membintangi judul terbaharu TV3 itu.

Lirik lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri iaitu mengenai pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain namun berasa sangsi dengan hubungan mereka kerana kehidupan mereka yang tidak sama taraf! Gabungan suara Wanna Ali dan Aiman Ismail berjaya membawakan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Untuk mendengar lagu istimewa nyanyi Wanna Ali dan Aiman Ismail , jangan lupa untuk muat turun lagu ‘BUKAN SEKADAR LAFAZ” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Untuk maklumat terkini berkaitan lagu-lagu daripada Alternate Records, layari media sosial rasmi di YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.

Syamir Shafie