Categories: SelebritiTrending

“Nervous Sangat-Sangat” – Sarat Hamil 5 Bulan, Tom Bersyukur Dikurniakan ‘Baby Girl’!

Baru-baru ini, penyanyi Tom berkongsi sebuah berita gembira mengenai jantina cahaya mata keempatnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya.

Oleh itu, Tom atau pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikhram menzahirkan rasa syukur dikurniakan anak perempuan akhirnya seperti yang diimpikan.

“Nerves sangat-sangat… dah ada 3 anak laki… adakah aku dapat merasa nak ade anak perempuan dalam hidup aku… ni last anak… tapi ape pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi… bismillah.

“Ya Allah syukur ya Allah… 90% scan anak perempuan,” kongsi Tom.

Dalam video tersebut, dapat dilhat Tom mengalirkan air mata kegembiraan sambil memeluk suaminya penyanyi Fuad Rahman dan dua orang anak mereka.

Untuk info, Tom kini sedang sarat hamil lima bulan. Pasangan ini telah berkahwin pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil daripada perkahwinan itu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Manakala, Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak menerusi perkahwinan pertamanya.

Untuk info, Tom dan suaminya, Fuad Rahman bakal bergandingan sebagai duo suami isteri dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berkongsi Pengalaman Hilang Kena Sorok ‘Bunian’, Tom Kesal Dituduh ‘Isap Gam’

Artikel Berkaitan: Alahan Teruk Semasa Mengandung, Tom Syukur Seminggu Tak Merokok – “Tak Boleh Bau Asap, Harap Kekal Selamanya…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usia Kandungan Dah Sebulan, Fuad Rahman Dedah Tom Kini Hamil Anak Pertama!

Atiqah Johari