Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan berkongsi imej terbaharunya di Instagram miliknya pada Isnin.

Tampil berimej botak kesan daripada rawatan kemoterapi yang dihadapinya, dia bagaimanapun tampak lebih sihat dan kekal positif.

“Qamal kata kepada saya selepas mencukur sebahagian besar rambut saya bahawa adakah saya ingin memakai topi untuk menutup kepala jika hendak keluar.

“Saya kata saya yakin dengan diri sendiri daripada bimbang memikirkan apa pendapat orang lain berkenaan penampilan atau bagaimana saya harus kelihatan depan khalayak.

“Kelihatan botak dalam usia saya sekarang langsung tidak merisaukan saya. Beauty lies in side within our soul,” katanya.

 

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan tidak semua orang yakin untuk tampil dengan imej berkepala botak.

Baginya, imej berkepala botak membuatkan kepalanya terasa lebih ringan.

“Setakat ini saya rasa kepala saya sangat ringa,” jelasnya.

Terdahulu, pada 4 Ogos lalu Che Wan mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kepada umum bahawa dia disahkan menghidap kanser limfoma selepas menjalani ujian Elektrokardiagram (ECG).

ARTIKEL BERKAITAN:Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Jalani Rawatan Kemoterapi Secepat Mungkin

ARTIKEL BERKAITAN:Sepanjang Hari Makan Pelbagai Jenis Ubat, Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Sampai Otak

Salma Syahbuddin