Categories: SelebritiTrending

Alicia Amin Selamat Nikahi Doktor, Jawab Dakwaan Netizen..

Sudah menjadi lumrah apabila foto perkahwinan dipaparkan di media sosial, pastinya foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa semoga perkahwinan yang dibina diberkati.

Walaupun ramai yang memberikan ucapan tahniah namun tak kurang juga yang memberikan komen berbaur negatif dan kecaman.

 

Perkara itu dialami oleh model terkenal, Alicia Amin yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya yang juga seorang doktor.

Dalam kemeriahan ucapan tahniah yang diterima turut terselit komen yang berbaur negatif daripada sesetengah netizen.

Menerusi twitter, Alicia Amin telah memuatnaik sebuah komen berbaur negatif yang diterimanya

Tidak mahu mengambil pusing dengan perkara tersebut, Alicia tenang membalas sindiran netizen dengan : “Good times, bro. Good times.

Semalam, Alicia Amin membuat kejutan apabila selamat bergelar isteri kepada seorang doktor yang dikenali dengan nama Farzan dalam satu majlis ringkas di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Seharusnya kita tumpang gembira dengan perkahwinan orang, bukannya mengeluarkan kata-kata berbaur negatif. Bukankah kata- kata yang baik tu satu doa yang melantun lantun?

Tahniah buat Alicia Amin dan pasangan. Sama cantik sama padan!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”